3 Cara Asas Pelaburan Emas Jana Keuntungan

Bagaimana cara pelaburan emas jana keuntungan? Caranya amat mudah dan pada hari ini terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas.

Sebelum Mulakan Pelaburan Emas

Sebelum ini saya telah bincangkan tips pelaburan emas yang digunakan dalam sistem perbankan dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Lesen pelaburan emas hanya dikeluarkan oleh BNM kepada bank-bank berlesen dan syarikat jual beli emas pelaburan tertentu sahaja serta TIDAK kepada sebarangan syarikat atau orang perseorangan di Malaysia walaupun pada namanya ada ejaan EMAS.

Anda dinasihatkan agar merujuk laman web Bank Negara Malaysia dahulu untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di Bank Negara Malaysia. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:

Bank Negara Malaysia Consumer Alert Page Screenshot

Pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa mengemaskini senarai nama syarikat atau laman web yang menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan pelaburan emas yang tidak sah.

Semakan juga perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Nak tahu tips elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas? Layari Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya.

Okay.. mari kita teruskan..

Pastikan Jenis Dan Cara Yang Betul Untuk Melabur

Pelaburan emas yang dimaksudkan ialah saat anda memiliki emas pelaburan seperti Emas 24K atau berketulenan 995 (99.5%) dan 999 (99.9%). Ataupun, saat anda memilik Dinar Emas 24K LBMA (London Bullion Merchant Association) yang tidak dikenakan cukai GST atau SST. Jika anda tersalah pilih, anda terpaksa tanggung kerugian besar kerana ada cukai yang perlu dibayar.

Tambahan lagi, terdapat segelintir pelabur emas yang mengambil kesempatan ke atas sistem Ar-Rahnu. Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini BUKANLAH memberi penerangan tentang teknik manipulasi pajak Ar-Rahnu yang mana teknik pajak Ar-Rahnu iaitu beli-pajak-beli-pajak adalah satu teknik yang akan membebankan pelabur emas dengan hutang! Jika anda ingin mengetahui tentang Ar-Rahnu, sila ke Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.

Oleh itu, saya ingin berkongsi tips pelaburan emas di sini…

Jika anda membaca tips saya sebelum ini, kebanyakan kenyataan saya tidak cenderung untuk anda mulakan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, UOB, Ambank dan lain-lain atas sebab-sebab birokrasi, logistik dan kemudahan simpanan dan pengeluaran emas fizikal. Malah, saya juga tidak berapa cenderung kepada pelaburan emas di bank-bank samada di Ar-Rajhi atau KFH walaupun transaksi emas mereka patuh syariah dan halal. Mengapa? Anda boleh baca Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.

Istilah ‘pelaburan emas’ yang saya gunakan di sini ialah beli emas di kedai emas pada harga rendah dan simpan sehingga satu waktu harga emas naik melebihi 15% dan jual semula simpanan emas anda di kedai emas itu semula. Mudahkan?

Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Harga spot emas selama 10 tahun. Terdapat turun naik harga emas yang boleh pelabur emas mengaut keuntungan (beli di garisan biru, jual di garisan hijau) tanpa mengira gram emas di tangan. (Sumber: Goldprice.org)

Persoalan pertama ialah bagaimana nak tahu bila harga emas turun dan bila harga emas naik? Anda perlu ada strategi pelaburan emas yang boleh anda pelajari daripada orang yang benar-benar telah mengaut keuntungan dalam pelaburan emas.

Strategi pelaburan emas
Strategi pelaburan emas

Persoalan kedua pula ialah nak beli emas jenis apa? Emas jongkong (goldbar) atau emas syiling (dinar) atau emas hiasan?

Anda tak perlu bimbang kerana jawapannya saya ada sediakan di Tips Pelaburan Emas.

Jadi persoalan yang ketiga sekarang ialah nak jual dan beli emas pelaburan di kedai emas yang mana? Poh Kong? Habib Jewels? Kedai Emas Wah Chan? Kedai Emas Sri Harmoni? Kedai Emas Sayang? Kedai Emas …. bla bla bla.. sabar… sabar…

Kedai emas yang saya maksudkan ialah kedai emas yang beroperasi secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kedai emas online yang sentiasa kemaskini harga emas semasa setiap 20 minit berdasarkan turun naik harga emas dunia.

Kedai emas online yang ada memaparkan harga emas secara ‘LIVE’ di web yang boleh diakses di smartfon (samada Android / iPhone).

Anda boleh juga memasang aplikasi harga emas seperti Kitco untuk mendapat notifikasi bila harga emas turun supaya anda boleh ‘lock’ harga dan beli emas serta hantar notifikasi kepada anda bila harga emas naik supaya anda boleh ‘lock’ harga dan jual emas semula. Dan yang paling penting sekali urusniaga emas tidak dikenakan cukai.

Kedai emas ini juga menyediakan kemudahan kepada anda untuk menyimpan emas fizikal (BUKAN emas maya) secara percuma tanpa upah! Anda boleh keluarkan kesemua emas yang anda simpan pada bila-bila masa.

Saya dah meneliti dan mengkaji selama berminggu-minggu… Alhamdulillah… saya dah jumpa kedai emas yang memenuhi syarat seperti yang saya nyatakan di atas tadi.

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site
Aplikasi akaun simpanan emas pelaburan 24K Gold Accumulation Program (GAP) yang paling popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Anda jangan bimbang bila nak jual balik emas di kedai emas. Saya dapati kedai emas ini yang paling tak cerewet… boleh terima apa sahaja jenama dan jenis emas samada emas goldbar, dinar, emas perhiasan.

Di sini saya ingin kongsikan tips pelaburan emas sekiranya anda sebagai Pelabur Emas (Gold Investor) berminat mengaut keuntungan dalam bentuk Ringgit Malaysia dan BUKAN BERAT gram emas.

Jika anda ada bajet sekitar RM19,000… beli goldbar dengan berat minima 100g dan ke atas sebab kadar spread yang rendah (6-7% sahaja). Jika kenaikan harga melebihi 15%, maka anda boleh jual dengan harga RM21,520 dan mendapat untung melebihi RM1,520.

Kemudian anda beli lagi emas dengan modal RM19,000 tadi tanpa mengira berat emas yang anda dapat. Ulangi penjualan semula emas setelah harga emas naik melebihi 15% daripada harga beli.

Itu sahaja yang anda perlu tahu sebagai pelabur emas yang ingin menambah duit Ringgit dalam akaun.

PERHATIAN PENTING: Tiada TEKNIK AJAIB gandakan sekeping emas jadi dua keping ATAU beli sekilo emas dan dapat income setiap minggu atau setiap bulan tanpa apa-apa usaha.

Untuk pengetahuan anda, kaedah beli emas harga rendah dan jual harga tinggi (buy low sell high) merupakan hanya salah satu cara umum menjana keuntungan daripada pelaburan emas.

Kaedah ini merupakan kaedah Keuntungan Jangka Panjang sebab harga emas mungkin hanya akan naik melebihi 15% dalam tempoh lebih empat bulan (2 atau 3 kali setahun) bergantung kepada situasi ekonomi dan politik negara dan global.

Anda boleh dapatkan cara mudah, murah dan patuh syariah untuk Jual Beli Emas Pelaburan patuh syariah di Malaysia.

Tetapi jika anda rasa rugi jual emas sebab berat yang anda dapat berkurangan, maka anda bukan tergolong sebagai pelabur emas. Anda sebenarnya tergolong sebagai Penyimpan Emas (Gold Saver).

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas, anda boleh hubungi saya di SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN sebab anda perlu tahu cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas pelaburan.

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan goldbar dengan harga yang lebih mahal.

Disebabkan tiada cukai GST mulai 1 Jun 2018 lalu (tiada SST juga mulai 1 September 2018), terdapat pilihan tambahan emas pelaburan 999.9 jenis bercorak cantik (minting) yang boleh anda dapatkan dengan harga yang lebih rendah.

Sila dapatkan tips mudah pelaburan emas dengan mengisi alamat emel anda di 5 Tips Pelaburan Emas.

Sekian dan terima kasih.

Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya

Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.

Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.

Skim pelaburan bertopeng emas
Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas

Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.

Baru-baru ini telah dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 10 Januari 2020 berkaitan ada pihak tertentu yang menggunakan nama syarikat Makmur Gold Holding Sdn Bhd untuk memperdaya penduduk di sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

Pengerusi Eksekutifnya, Hishamuddin Abdullah berkata, skim pelaburan emas itu dipercayai sudah memperdaya ramai mangsa yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Katanya, pihaknya mengetahui nama syarikatnya digunakan oleh skim pelaburan emas yang berpengkalan di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai ejen di Kelantan, minggu lalu.

“Ia hasil daripada lebih 10 pelanggan yang datang ke kedai kami di Kuantan, Pahang dan Tunjong, Kota Bharu yang bertanya sama ada syarikat kami menjalankan pelaburan emas.

“Syarikat menegaskan tidak pernah menjalankan skim pelaburan emas, sebaliknya kami mengeluar dan menjual emas baharu.

“Kami membuat laporan polis kerana tidak mahu skim pelaburan emas itu menyalahgunakan nama kerana boleh merosakkan nama syarikat,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.

Menurutnya, ia adalah laporan polis kedua dibuat syarikatnya selepas yang pertama di Kuantan, Selasa lalu.

Katanya, pihaknya tidak mahu skim pelaburan emas itu terus menggunakan nama syarikat dan memaklumkan kepada pelabur bahawa Makmur Gold di Kota Bharu dan Kuantan sebagai pusat operasi mereka.

“Saya berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan skim pelaburan emas bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro, 10 Januari 2020.

Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham bahawa TIADA ISTILAH beli jongkong emas sekali dan dapat untung berkali-kali tanpa buat apa-apa.

Seterusnya soalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam (memberi deposit) duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain (dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap minggu atau setiap bulan tanpa usaha dan tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.

Bila anda diberi NOMBOR AKAUN BANK untuk tujuan deposit pelaburan emas, sila pastikan nombor akaun tersebut BUKAN atas nama INDIVIDU.

Jika anda diberi nombor akaun syarikat pula, boleh semak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan layari https://www.ssm-einfo.my/. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan.

Beberapa tahun dulu (semasa posting ini ditulis pada 1 Januari 2015), ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia – sekarang dah senyap sepi.

Ramai yang terpedaya termasuk penjawat awam! Kasihan…

Sejak lebih lima tahun lepas juga, terdapat satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan Plus500 dan apabila diselidiki, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.

Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.

Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…

JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!

Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.

Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…

Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan. Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.

Sebenarnya, ada banyak lagi… Dapatkan 5 tips mudah memulakan pelaburan emas secara sah dan patuh syariah di sini.

Seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas!

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold berbaki 37 akaun sahaja!

This will close in 25 seconds