Simpanan Emas

Setelah saya mengkaji dan mengkaji jenis simpanan emas untuk pelaburan, saya dapati bahawa simpanan dinar emas Public Gold adalah pelaburan yang terbaik berbanding dengan yang lain.

Sila rujuk posting bertajuk “Simpanan Emas Tidak Dikenakan GST” untuk maklumat terkini tentang simpanan Dinar Emas yang terbaik di Malaysia. Oleh itu, maklumat seterusnya di bawah ini mengenai Dinar 916 telah tidak boleh digunakan lagi.

Ini adalah kerana pelbagai faktor dan di antara faktor utama adalah tiada caj transport dikenakan untuk dinar emas berbanding gold bar atau gold coin juga silver. Sila tonton video kepingan dinar emas yang anda boleh beli dan simpan untuk tujuan pelaburan emas…

Di bawah ini adalah analisis yang telah saya lakukan untuk setiap jenis emas yang boleh anda beli di Public Gold. Sila perhatikan caj transport yang berbeza untuk setiap jenis emas. Untuk dinar emas tiada caj langsung dikenakan namun terdapat caj transport paling minima untuk pembeli dinar emas di Sabah dan Sarawak.
(Sila rujuk perenggan seterusnya mengenai caj terkini).

Caj transport Public Gold

Maklumat terkini: Pada masa kini kesemua jenis emas fizikal dikenakan caj premium sekali sahaja mengikut berat dan jenis emas seperti yang tertera di jadual di bawah. Anda boleh  mengeluarkan emas dari akaun GAP anda pada bila-bila masa dengan caj premium yang terendah di Malaysia!

Caj premium emas Public Gold

Maklumat Terkini: Jadual nilai caj premium terbaharu berkuatkuasa 1 Ogos 2017 seperti di bawah:-

 

Oleh itu, jika anda membeli sebarang jenis emas seperti Gold Bar atau Gold Coin, anda akan dikenakan caj premium untuk setiap bilangan emas yang anda pesan. Jika anda baru bermula nak melabur.. saya cadang anda mulakan dengan kaedah emas GAP. Anda boleh menyimpan minima 1 gram untuk emas jongkong atau minima 4.25 gram untuk 1 dinar emas. Anda boleh mula menyimpan secara berkala, mungkin 1 dinar sebulan atau setiap 2 bulan.

Jika ada simpanan wang dalam Tabung Haji atau ASB atau mana-mana bank yang tak terusik untuk tempoh lebih setahun, pakar-pakar pelaburan emas menasihati agar anda keluarkan simpanan wang kertas tersebut dan mula membeli dinar emas dan gold bar untuk simpanan emas yang lebih menguntungkan Insya Allah. Tetapi pastikan baki wang simpanan anda masih ada untuk sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Janganlah tamak dengan keluarkan duit simpanan semua sekali… huhu… atau amat tidak digalakkan buat pinjaman untuk beli emas… tolonglah elakkan.

Jika ada sesiapa yag menasihati anda memohon pinjaman bank untuk membeli emas… sila tinggalkan mereka kerana mereka lebih suka lihat anda susah dan lebih mementingkan diri sendiri daripada anda…

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.

Sharing is caring:

8 comments on “Simpanan Emas

  1. As Salam. Tolong kemaskini, sekarang ni dinar pun ada caj transport.

    Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam. Ya.. benar Tuan Haji Idris. Cuma ia dalam bentuk caj premium. Insya Allah saya akan kemaskini nanti. Terima kasih.

  2. salam boleh terangkan dengan lebih lanjut tentang pembelian dinar..
    maaf sy tidak memahaminya.. );

    means
    1.0000 g x rm180

    betul tak apa yang saya faham nie??
    huhu sekali sy mnta maaf.. ):

  3. Salam encik,

    saya ada sedikit modal untuk melabur. Jadi jika saya ingin melabur dalam pelaburan emas adakah keputusan saya ini betul?
    jika ingin melabur emas pula bagaimana?
    adakah pelaburan emas ini boleh dapat pulangan yang menguntungkan?? dan bagaimana??

  4. Salam,
    saya berhasrat membeli (secara akaun/bukan fizikal) untuk menyimpan dan bukannya berniaga. Sekiranya saya simpan untuk tempoh katakan beberapa 3-5 tahun, (nauzubillah moga xterjadi) tiba-tiba company sedia ada telah mati/gulung tikar/berlaku sesuatu yg buruk… apakah yang akan berlaku kpd pembeli macam saya..sedangkan emas tiada di tangan.

    • Wksalam En Abdul Hadi. Simpanan GAP di Public Gold diinsuranskan sehingga RM100k setiap akaun. Setakat ini terdapat lebih 80K pemegang akaun emas GAP. Tuan boleh cetak penyata dan claim pada syarikat insurans jika ada apa-apa masalah. Jika tuan masih ragu-ragu, tuan boleh keluarkan dan simpan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian