Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3!

Simpanan emas pelaburan pada hari ini memang amat mudah berbanding 1 ke 2 tahun dahulu. Dulu, jika anda nak menyimpan emas, anda perlu simpan dalam peti besi simpanan yang mempunyai kunci yang kukuh dan amat sukar dipecahkan oleh pencuri. Jika tidak, kebanyakan orang tua-tua pada masa dulu menyimpan emas dalam tempayan atau bawah tilam dan sebagainya.

Safe box simpanan emas pelaburanAda satu kisah benar di satu kampung, sebuah rumah telah dimasuki pencuri pada malam hari dan surirumah menyedari keesokan pagi bahawa kesemua emas perhiasan yang disimpan di dalam PETI SEJUK telah hilang! Aduhai… apalah nasib dan apalah yang difikirkan oleh kakak tu ek? Kalau simpan dalam peti besi tu masuk akal le sikit. Tapi dia simpan dalam peti sejuk!

Memang betul jika anda ada barang kemas, dinar, dirham atau emas jongkong yang disimpan di dalam rumah, anda akan berasa seperti tiada tempat yang dirasakan selamat untuk menyimpan. Maka, tanpa fikir panjang anda terus menyewa peti simpanan di bank-bank atau di syarikat yang menyediakan peti simpanan keselamatan. Mungkin kadar sewaan mencecah ratusan ringgit sebulan!

Mulai sekarang anda tak perlu risau untuk simpan emas lagi kerana terdapat satu program yang dinamakan GAP – Gold Accumulation Program yang menawarkan simpanan emas secara percuma di Public Safe dan segala simpanan anda dilindungi insurans!

Di GAP, anda boleh buka akaun emas secara individu atau secara bersama anak anda. Minima simpanan emas ialah 1 gram dan tiada had maksima simpanan emas. Anda boleh keluarkan kesemua emas anda tetapi akan dianggap tidak aktif dan dikenakan caj RM50 untuk mengaktifkan akaun semula.

Apa yang menariknya ialah simpanan emas pelaburan anda semudah 1-2-3! Tak perlu bazirkan duit minyak, tak perlu beratur menunggu giliran, tak perlu ambil cuti untuk urusan buka akaun emas… hanya duduk mengadap komputer di rumah atau di ofis waktu rehat pun dah boleh buka akaun.

Tambahan pula, emas yang anda simpan ialah emas berketulenan 999 atau 24K yang diiktiraf oleh LBMA (London Bullion Market Association) yang tidak akan dikenakan GST!

Dan akhir sekali apa yang lebih penting ialah anda boleh berjual beli dengan kaedah yang patuh syariah (halal) dengan membeli emas dalam gandaan 1 gram.

# 1 – Pastikan harga emas semasa GAP

Lihat harga emas GAP di sini.

Harga emas GAP - dikemaskini setiap 12 tengah malam.
Harga emas GAP – dikemaskini setiap 12 tengah malam.

Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam.

# 2 – Buat pembayaran menggunakan Maybank2u.com.my

Maybank2u

Amat mudah jika anda dah pun ada akaun Maybank. Buat bayaran ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048. Buat bayaran untuk mengikut gandaan 1 gram emas GAP dan bukan gandaan RM100 atau RM50 untuk mengelakkan transaksi yang haram. Sebagai contoh jika anda ingin menyimpan 1 gram, maka transfer duit sebanyak RM156.00. Jika mahu simpan 5 gram emas, maka transfer duit sebanyak 5 x RM156.00 = RM780.00.

Gunakan kemudahan ‘Print receipt’ di Maybank2u.com.my untuk menyimpan maklumat pembayaran.

Jika anda ada akaun Public Bank, anda juga boleh buat bayaran di akaun Public Bank 3167-52-0833.

Beli emas GAP - pembayaran

Jika anda berada di luar negara, sila masukkan kod Swift berikut:
nombor Swift MBBEMYKL untuk akaun Maybank atau
nombor Swift PBBEMYKL untuk akaun Public Bank.

# 3 – Hantar maklumat pembayaran melalui Whatsapp / WeChat / SMS / Emel

Beli emas GAP - pengesahan Whatsapp/WeChat/SMS

Sila hantar maklumat berikut:-

  1. Nama penuh:
  2. NRIC atau Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx
  3. No. telefon:
  4. Emel anda:
  5. Jumlah bayaran: RM
  6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
  7. Masa bayaran: xx:xx
  8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Sekiranya anda tiada introducer).

Di samping itu, anda perlu melampirkan salinan resit pembelian juga. Oleh itu, saya nasihatkan anda agar menyimpan resit pembelian emas GAP anda dan buat printscreen atau snapshot menggunakan smartfon untuk paparan transaksi akhir setelah bayaran / pindahan dibuat. (Nota penting: Bukti bayaran SMS tidak akan diterima).

Sila emelkan maklumat di atas bersama-sama lampiran resit ke ga*@pu********.my dan cc kepada su******@pe***********.org agar saya dapat membantu jika terdapat apa-apa masalah. Seterusnya, untuk mempercepatkan pengesahan, saya dapati penghantaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp adalah yang paling cepat dan senang diterima oleh Public Gold.

Itu sahaja! Anda hanya perlu tunggu maklumbalas daripada Public Gold sekitar 4-5 jam sahaja Insya Allah. Anda akan dapat melihat penyata akaun emas GAP anda dalam tempoh 48 jam selepas pengesahan.

Beli emas GAP - pengesahan pesanan

Beli emas GAP - kemaskini penyata

Simpanan emas anda di Public Safe adalah PERCUMA dan DILINDUNGI INSURANS sampai bila-bila! Anda boleh juga mengeluarkan emas dari akaun anda pada bila-bila masa dengan caj premium yang terendah di Malaysia!

Caj premium emas Public Gold
Caj premium emas Public Gold

Nak lihat akaun emas online GAP anda? Mudah sahaja… hanya Login menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda di Public Gold > Login. Kemudian klik di ‘dropdown bar’ di My Account > My GAP Statement seperti imej di bawah:-

img-9

Anda boleh jual balik emas dalam akaun GAP pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke mana-mana atau bersusah-payah menunggu giliran. Sila daftar secara percuma dan Hubungi Saya untuk penerangan lanjut.

Selamat menyimpan emas demi melindungi kekayaan anda sekeluarga…

Jika anda ingin belajar simpanan emas pelaburan yang menjana keuntungan, sila klik di sini.

6 thoughts on “Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3!”

  1. Assalamualaikum Encik,

    Saya ada beberapa soalan untuk bertanya ;
    1) berapa minimum modal untuk berniaga emas ni?
    2) kalau kita beli emas ni,memang kita boleh bawak balik rumah terus ka emas ni @ kena simpan di bank?
    3) apa maksud encik dengan pelaburan emas jangka pendek @ jangka panjang?

    Maaf,saya baru nak belajar pasal pelaburan emas ni..

    Reply
    • Wa’alaikumussalam wbth Syaz,

      1) Mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2015, PG buat tawaran hanya dengan pembelian 100g emas GAP dah boleh berniaga emas secara online atau offline sebagai Dealer. Jika lihat harga emas GAP pada hari ini RM157/g, oleh itu sesiapa yang beli emas GAP sebanyak RM15,700.00 dalam satu resit boleh terus berniaga emas dan dapat komisen. Selepas 31 Ogos 2015, modal minima nak berniaga emas PG secara biasa ialah dengan pembelian emas minima sebanyak RM30,000 dalam satu resit atau RM50,000 dalam tempoh 6 bulan. Jadi Syaz boleh buat pilihan terbaik untuk dapat manafaat menjadi Dealer.

      2) Ada 2 kaedah simpan emas:
      a. Kaedah GAP – seperti yang saya terangkan dalam posting di atas. Namun, terdapat perubahan kaedah pendaftaran. Syaz perlu buat pembelian dahulu berdasarkan nilai gram emas menggunakan Maybank2u pada masa Syaz setuju dengan harga emas GAP pada hari tersebut. Kemudian, hantar snapshot resit melalui emel dan Whatsapp. Kemudian PG akan hubungi Syaz. Sila nyatakan maklumat peribadi dan introducer. Nombor saya ialah PG047646.

      b. Dinar / Gold Bar – buat tempahan melalui akaun Syaz selepas daftar. Tempahan boleh dibuat selepas pendaftaran berjaya. Login dalam akaun dan klik pada Place Order di Navbar Tempahan. Setuju dengan perjanjian dan teruskan memilih Cawangan PG terdekat untuk ambil dan letakkan bilangan di ruangan Quantity mana-mana emas pilihan Syaz. Syaz akan terima emel Sales Order dengan harga yang anda perlu bankin. Harga caj premium untuk setiap jenis emas yang ditempah juga akan disertakan. Then, masukkan duit dalam tempoh 48 jam ke akaun PG. Emel salinan resit belian ke PG. Kemudian dalam tempoh 3 hari selepas pengesahan boleh ambil Dinar / Gold bar di cwgan PG terdekat.

      3) Pelaburan emas hanya menguntungkan dalam jangka panjang. Sebenarnya tiada maksud pelaburan emas jangka pendek. Jika Syaz terjumpa di blog saya berkemungkinan saya maksudkan kepada skim cepat kaya atau pelaburan yang bertopeng emas. Boleh PM saya di su******@pe***********.org link artikel yang dimaksudkan supaya saya dapat meneliti agar tiada kekeliruan kepada pembaca yang lain.

      Terima kasih atas pertanyaan Syaz dan saya harap jawapan di atas dapat membantu.

      Reply
  2. Salam bang,mcm mana nak bermula dlm perniagaan emas ni?modal ciput je .klu boleh nk mintak tunjuk ajar dari abg.tq.

    Reply
  3. nak tanya pasal GAP. kalau kita jual balik, PG ambik masa 2 hari utk bank in. adakah ini masih comply dgn syarat urusniaga dalam satu aqad?

    tq

    Reply

Leave a Comment