Penafian

Blog Pelaburanemas.org dibangunkan atas dasar ingin memberi buah fikiran, pandangan dan pendedahan kepada pengunjung tentang pelaburan emas di Malaysia yang berpotensi memberikan keuntungan yang lebih kepada para pelabur emas.

Kriteria atau syarat-syarat pelaburan emas oleh mana-mana bank atau syarikat yang dinyatakan dalam blog ini hanyalah berdasarkan masa satu-satu posting dilakukan. Jika selepas daripada tarikh dan masa tersebut, tuanpunya blog ini tidak bertanggungjawab untuk mengubah apa-apa kenyataan atau fakta yang telah dipublish. Maka, kriteria dan syarat-syarat pelaburan emas adalah tertakluk kepada bank dan syarikat masing-masing dan perlu diteliti dan dinilai oleh pengunjung blog ini sendiri.

Kesemua logo dan jenama bank atau syarikat yang dipaparkan di PelaburanEmas.org adalah hakmilik bank dan syarikat terbabit. Watermark ‘www.pelaburanemas.org’ yang dipaparkan di atas imej hanyalah sebagai kawalan agar imej-imej tersebut tidak disalahgunakan oleh pihak ketiga.

Tuanpunya blog ini berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kesemua imej dan perkataan serta ayat yang digunakan tidak menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang di Malaysia atau mana-mana negara. Sila hubungi tuanpunya blog ini di Hubungi Saya sekiranya terdapat mana-mana perkara yang menyalahi agar dapat diperbetulkan secepat mungkin. Sekiranya tiada teguran, maka tuanpunya blog ini menganggap tiada apa-apa pelanggaran apa-apa peraturan dan syarat mana-mana bank atau syarikat atau individu.

Pihak tuanpunya Pelaburanemas.org tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, kemalangan yang dialami pengunjung akibat menggunakan maklumat di Pelaburanemas.org dan apa-apa tindakan yang menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang di Malaysia atau di luar Malaysia.

Sekian dan terima kasih. Semoga semua pengunjung blog Pelaburanemas.org akan mendapat manafaat yang berkekalan di dunia dan di akhirat. Amin…

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian