15 thoughts on “Pelaburan Emas Bank Muamalat Gold-i”

  1. Terima kasih berkongsi tentang emas bank muamalat. Baru faham cara kira caj tukar emas akaun ke fizikal tu. Saya pembeli emas Public Gold tapi tengah cuba-cuba belajar juga tentang emas lain.

    Reply
  2. As salam, apa yg saya fahami untuk mengelakkan RIBA bagi pembelian emas, emas fizikal mestilah diberikan kepada pembeli semasa pembelian dibuat dan tidak boleh secara tertangguh. Minta penjelasan tuan untuk perkara ini. Terima kasih.

    Reply
    • Wa’alaikumussalam. Ya betul apa yang tuan fahami. Tuan boleh pergi ke kedai dan beli secara tunai terus dapat emas. Yang menjadi perbahasan ialah apabila pembelian secara atas talian. Jika emas yang dibeli ada fizikalnya dan bukti resit / penyata pembelian dikeluarkan sudah memadai yadan bi yadin. Jika tiada emas fizikalnya / hanya ditulis dalam buku akaun sahaja maka jelas tidak patuh syariah. Panel Penasihat Amanie Advisor telah membuat audit dan pembelian emas simpanan GAP adalah patuh syariah. Wallahu’alam.

      Reply
  3. Mohon tanya berkenaan pembukaan account public gold. Mengapa setelah saya menanyakan kepada pegawai public gold boleh tak saya dapatkan sekurang-kurangnya surat pengesahan pembukaan account namun mereka mengatakan saya hanya perlu print secara online.

    Ini membuatkan saya berasa sangsi kerana bukti pembukaan account saya di public gold semuanya diatas talian sahaja. Memang boleh print daripada internet namun tiada black and white secara rasmi.

    Reply
    • Ya benar en Umar. Inilah hasrat sistem kewangan secara global mengurangkan penggunaan kertas yang lebih mesra alam iaitu tanpa kertas (paperless), tanpa buku (bookless). Boleh sahaja tuan samakan dengan Touch n Go, Grab, Maybank2u, CimbClicks, Airasia dll. Apa yang penting ialah tuan simpan resit pembelian emas. Cara lebih mudah ialah simpan dalam emel dan senang cari.

      Reply

Leave a Comment