Perkongsian Pelaburan Emas Ar-Rahnu Di Malaysia

Berminat buat pelaburan emas Ar-Rahnu? Ada sesiapa yang mengajak anda buat pelaburan emas Bank Rakyat? Atau pelaburan emas di Bank Islam? Sabarlah dulu… bertenang dan jangan tergopoh-gapah. Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan istilah pelaburan emas.

Ar-Rahnu ialah pajak gadai kaedah Islam yang patuh syariah. Bila anda pajak gadai sebarang bentuk emas di mana-mana cawangan Ar-Rahnu, maka anda akan dapat kebiasaannya sehingga 70-75% nilai emas yang anda gadai dalam bentuk wang tunai.

Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam. Malah terdapat juga agensi agama Islam seperti Ar-Rahnu Yapeim malah Pejabat Pos pun dah sediakan kemudahan Ar-Rahnu Pos Malaysia.

Namun, apa yang perlu anda tahu ialah anda perlu bayar upah simpan yang ditetapkan yang biasanya mengikut per gram emas. Sebagai contoh pajak gadai Ar-Rahnu Pos Malaysia dipaparkan di bawah.

Contoh pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos
Contoh kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos

Jenis Emas Pelaburan Yang boleh di’Ar-Rahnukan

Pada masa ini, emas jenis Public Gold dan Pamp Suisse diterima untuk pajak gadai Ar-Rahnu di Pejabat Pos Malaysia Ar-Rahnu di seluruh negara tanpa buka seal. Untuk makluman anda, setiap emas pelaburan di’seal’ untuk lindungi dari calar dan kemek kerana emas 24K merupakan emas lembut.

Jika anda mahu ke mana-mana Ar-Rahnu, sila pastikan emas pelaburan anda tidak dibuka seal kerana susutnilai akan jatuh sehingga 10% jika jual balik.

Oleh itu, sebelum anda bersetuju untuk menyerahkan emas pelaburan yang di’seal’, tanya dahulu samada perlu buka seal atau tidak.

Namun, anda tak perlu risau sebab sekarang dah ada emas pelaburan yang mesra Ar-Rahnu dan boleh diterima di mana-mana kedai atau bank yang ada kemudahan Ar-Rahnu.

Jenis-jenis Emas Pelaburan Mesra Ar-rahnu

Dinar 24K mesra Ar-rahnu

1 dinar 24K tempatan Public Gold mesra Ar-Rahnu
1 Dinar 24k mesra Arrahnu

Sebagai contoh Dinar emas 999.9 jenama Public Gold ini memang mesra Ar-Rahnu kerana boleh dikeluarkan dari kapsul dan dipegang, dibelek dan diuji ketulenannya.

Dinar 999.9 tempatan ini boleh didapati dalam bentuk 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Goldbar 24k Bungamas mesra Arrahnu
Goldbar 10 gram 24k Bungamas mesra Arrahnu

Terdapat juga jongkong emas (goldbar) mesra Ar-Rahnu bermula dengan 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Goldbar ini dikenali sebagai siri BungaMas (seperti di gambar). Anda boleh keluarkan jongkong emas daripada kapsul untuk dipegang dan diuji di mana-mana Ar-Rahnu di Malaysia.

Baca tips seterusnya…

Dinar emas 24k Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.
Dinar emas 24k Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.

Cara Buat Ar-Rahnu Emas Pelaburan

Untuk emas Public Gold, anda tak perlu untuk bawa resit belian. Memadai bawa emas dan emas Public Gold dikeluarkan dalam bentuk seal bersama sijil seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Daftar keahlian di Kedai Emas Public Gold atau secara percuma tanpa yuran keahlian di sini.

Goldbar 999.9 Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.
Goldbar 999.9 Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.

Selepas daftar anda boleh terus Login sementara menggunakan nombor IC tanpa sengkang dan password seperti yang anda isikan tadi.

Selepas anda berjaya login sementara, anda boleh lihat katalog dinar dan goldbar yang mesra Ar-Rahnu (emas tanpa seal bersama kad) dan goldbar LBMA 100 gram ke atas turut mesra Ar-Rahnu.

Cast goldbar 100 gram 24K Public Gold mesra Ar-Rahnu.
Cast goldbar 100 gram 24K Public Gold mesra Ar-Rahnu.

Jika anda nak tahu kedai Ar-Rahnu yang paling tak cerewet dan boleh dapat duit tunai dalam masa tak sampai 20 minit, layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan. (Saya tunjukkan contoh pengiraan dan saya dapati Ar-Rahnu KDE beri pembiayaan yang paling senang dan anda boleh dapat duit tunai lebih banyak)

Oleh itu, kemudahan Ar-Rahnu ialah satu kemudahan PINJAMAN yang bertujuan untuk MENGGANTIKAN kemudahan PINJAMAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH seperti kedai pajak gadai konvensional (pajak gadai haram) yang berleluasa di Malaysia. Ar-Rahnu BUKAN satu kaedah pelaburan emas seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai orang Islam yang “Kreatif” seperti yang diulas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik di Masjid Al-I’tisam, Taman Tun Dr Ismail pada 13 Ogos 2012 yang lalu.

Beliau ada menegaskan tentang proses manipulasi sistem Ar-Rahnu beli-pajak, beli-pajak emas sebagai satu kreativiti oleh pihak tertentu. Dari segi teknikal tiada isu syariah dan tiada masalah kerana itu ialah kreativiti masing-masing tetapi dari sudut Maqasid Syariah ada benda yang tak kena.

Video Kaedah Manipulasi Sistem Pajak Gadai Ar-Rahnu

Sila tonton video Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.

Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad. Oleh itu, saya berpandangan bahawa beliau adalah orang yang layak dan berpengetahuan tinggi untuk memberi jawapan yang lebih tepat berbanding ustaz-ustaz yang lain di Youtube mengenai pelaburan emas Ar-Rahnu dan hukum pelaburan emas dan jual beli emas.

Semoga anda faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan sepatutnya tiada istilah “Pelaburan emas Ar-Rahnu” boleh digunakan. Beliau menyatakan akan ada risiko apabila harga emas jatuh dan sistem manipulasi tersebut akan rosak. Pada tahun 2012, harga emas memang sedang meningkat naik dan seperti yang Ustaz Mohd Nazri Chik kata, sistem akan rosak bila harga emas jatuh telah terbukti pada akhir 2012 sehingga 2013. Ramai “pelabur emas Ar-Rahnu” menangis tak berlagu.

Apa yang dilakukan dalam teknik pelaburan emas Ar-Rahnu ini ialah mereka sentiasa memantau harga emas Bank Rakyat atau harga emas di Bank Islam hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan dengan harapan harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa.

Oleh itu adalah dinasihatkan agar anda berhati-hati sebelum menyertai skim manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu ini. Anda boleh dapatkan kemahiran pelaburan emas Ar-Rahnu melalui mereka yang berkemahiran di sini.

Anda boleh mendapatkan duit tunai melalui pajakan emas yang anda ada ditangan untuk tujuan sebagai modal bisnes yang anda telah kenalpasti keuntungannya agar anda boleh tebus semula emas yang anda gadai dalam tempoh tak lebih 6 bulan.

Jika anda tiada simpanan emas, saya nasihatkan agar anda membeli dan menyimpan emas pelaburan mulai sekarang sebab hari demi hari terdapat risiko kejatuhan nilai duit tunai yang kita simpan samada dalam bank atau dalam Tabung Haji.

Walaupun bilangan angka dalam akaun bank bertambah, namun kekuatan nilai RM100,000 pada hari ini tidak sama dengan kekuatan nilai RM100,000 pada 10 tahun lalu. Tapi kekuatan nilai 1 kg jongkong emas beribu tahun dahulu dilihat semakin tinggi nilainya pada hari ini.

Anda dinasihatkan agar mendapatkan tips pelaburan emas yang betul sebelum membeli emas seperti yang saya bincangkan di Tips Pelaburan Emas. Layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan yang paling mudah dan tiada rekod CCRIS / CTOS.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya dengan mengisi borang SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN.

39 thoughts on “Perkongsian Pelaburan Emas Ar-Rahnu Di Malaysia”

  1. Aslmlkm ust saya ada beli emas dinar dan beberapa bentuk emas 999. Andaikata harga pasaran emas naik, saya pun jual. Pertanyaan sekiranya harga emas turun saya beli semula emas yg saya jual. Soalannya bolehkah saya dapat emas dinar yg sama dari kedai yg saya jual emas itu?

    Reply
    • Wkslm en. Azlan. Maaf sy bukan ust cuma ada sedikit pengalaman dlm emas pelaburan. Jika tuan beli dinar dari kedai A dan jual ke kedai B, tuan tak akan dapat balik dinar yang sama. Namun jika tuan beli dinar di Public Gold dan jual balik ke kedai Public Gold, tuan akan dapat dinar yang sama jika tuan beli balik di Public Gold. Cuma nombor siri berbeza. Jika tuan nak beli secara online pun boleh. Hanya daftar dan login secara percuma di http://pelaburanemas.org/go/daftar.php.
      Selepas itu hanya klik pada mana-mana emas Goldbar / Dinar di HOME laman web Public Gold.

      Reply

Leave a Comment