Jual Beli Emas Pelaburan Patuh Syariah

Anda mencari cara jual beli emas pelaburan patuh syariah? Alhamdulillah, anda dah jumpa cara simpanan emas yang murah, mudah, patuh syariah yang boleh didapati secara online atau offline.

img-1

Sehingga ke hari ini, walaupun terdapat banyak jenis dan jenama emas pelaburan yang terdapat di pasaran, namun sekiranya tiada perakuan atau pengesahan patuh syariah oleh panel syariah yang berwibawa, kita akan berasa was-was dan terus menjauhi dari aktiviti jual beli pelaburan emas tersebut.

Seperti anda, saya juga tidak mahu terlibat dengan unsur riba dalam aktiviti jual beli emas. Sejak tahun 2014 lagi, saya mencari cara jual beli emas yang patuh syariah.

Saya dah jumpa… Alhamdulillah. Anda dah tak perlu risau.

Pada hari ini, saya dapati syarikat Public Gold ada menawarkan produk emas pelaburan yang telah melepasi syarat ketat patuh syariah atas kedua-dua sistem jual beli emas fizikal secara online yang ditawarkan.

  1. Pembelian dan penjualan balik secara runcit samada sekaligus atau ansuran (Easy Payment Plan / EPP)
  2. Pembelian dan penjualan balik melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)

Berikut dipaparkan salinan sijil-sijil bagi kedua-dua produk jual beli emas pelaburan syarikat Public Gold yang telah dikeluarkan oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor yang ditandatangani oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar.

1. Pembelian emas dan perak fizikal secara runcit samada sekaligus atau ansuran (Easy Payment Plan / EPP)

img-2

Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA 24K tanpa GST, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-

Langkah #1: Daftar secara PERCUMA

Anda boleh mendaftar secara percuma.

Langkah #2: Log masuk

Selepas mendaftar, anda boleh terus Login menggunakan nombor IC dengan sengkang sebagai Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) yang anda isi di laman web Public Gold.

Pembelian boleh dibuat secara sekaligus (Full Payment) atau secara ansuran 4 X selama 4 bulan (Easy Payment Plan). Kedua-dua cara pembelian telah melepasi syarat patuh syariah.

Langkah #3: Ambil stok

Anda boleh pilih samada ingin mengambil stok emas di cawangan Public Gold berdekatan atau sekiranya anda berada di pedalaman, anda boleh pilih untuk ambil stok emas di mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu yang berdekatan anda.

  1. Senarai cawangan Public Gold ada di sini.
  2. Senarai Bank dan Pejabat Pos Ar-Rahnu yang bekerjasama dengan Public Gold ada di sini.

Nota: Standard Operating Procedure (S.O.P) stok sampai di cawangan Public Gold yang dipilih ialah selama TIGA (3) hari bekerja. Manakala S.O.P stok sampai di cawangan Pos Ar-Rahnu yang dipilih ialah selama EMPAT BELAS (14) hari bekerja.

Terkini: Mulai Julai 2018, anda boleh gunakan perkhidmatan kurier untuk hantar jongkong atau dinar emas 999.9 yang anda beli terus ke rumah / pejabat anda.

Maksima berat emas bergantung kepada nilai maksima RM5,000.00 iaitu sekitar 20 gram dalam setiap penghantaran.

Untuk gunakan perkhidmatan ini, anda perlu pilih cawangan PG yang terdekat di Langkah #3 di atas.

Setelah resit bayaran disahkan, anda boleh terus menghubungi staf Public Gold cawangan pilihan anda untuk dapatkan invois harga kurier penghantaran ke alamat anda.

Anda jangan bimbang kerana perkhidmatan hantar emas 999.9 melalui kurier dilindungi insurans. PG akan mengganti dengan item emas yang sama sekiranya emas tidak sampai kepada anda.

Sila ikuti link ini untuk info lanjut mengenai jual beli emas pelaburan secara runcit.


2. Pembelian dan penjualan balik melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)

Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.

img-3

Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan cukai GST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.

Terdapat kemudahan pembiayaan Ar-Rahnu apabila akaun simpanan emas anda mencecah 5 gram. Nilai marhun ialah 70% dari nilai emas semasa. Upah simpan hanya 1% dari nilai marhun secara keseluruhan. Duit tunai akan dipindah ke akaun anda dalam tempoh 48 jam. Staf Public Gold akan menghubungi anda untuk proses tebus balik.

Ikuti hanya 3 langkah mudah dan murah untuk mulakan simpanan emas pelaburan seperti berikut:-

Langkah #1:

Klik di sini untuk daftar percuma akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Sila guna Instant Transfer jika guna bank lain). Jika nak keluarkan beli 2 gram kerana baki minima 1gram.

Langkah #2:

Tunggu emel PG code dan boleh install GAP apps di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmgap.prod

Langkah #3:

Login menggunakan PG code dan Password IC tanpa sengkang yang diemel di GAP apps, tap Menu dan tap Purchase, isi nilai minima RM100. Tap Place Order dan buat belian secara FPX sehingga selesai.

NOTA: Anak-anak yang berumur bawah 18 tahun juga dibenarkan buka akaun simpanan emas dan perak (GSAP) dengan ikut bermula Langkah #1 di atas dengan mendaftar di Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) di sini.

Langkah #3 hanya dibuat SEKALI sahaja ketika buka akaun GAP. Tak perlu jika anda telah ada kod PG. Selepas dah dapat kod PG, boleh login akaun GAP di web. Untuk lebih detail, boleh layari https://pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP.

Jika anda mahu buat potongan bulanan melalui akaun bank terus masuk ket akaun simpanan emas GAP, anda boleh dapatkan cara potongan bulanan di sini.

Kesimpulannya, mulai hari ini anda boleh mula buat potongan bulanan minima RM100 untuk pembelian emas fizikal ke dalam akaun emas simpanan GAP anda tanpa was-was.

Sila ikuti link ini untuk info lanjut mengenai simpanan emas pelaburan Gold Accumulation Program Public Gold.

Jika anda duduk berjauhan dari cawangan Public Gold, anda boleh gunakan perkhidmatan kurier untuk hantar jongkong atau dinar emas 999.9 yang anda keluarkan dari akaun GAP terus ke rumah / pejabat anda.

Anda hanya perlu whatsapp bukti bayaran caj premium dan caj kurier selepas menerima invois daripada PG.

Maksima berat emas bergantung kepada nilai maksima RM5,000.00 iaitu sekitar 20 gram dalam setiap penghantaran. Kosnya amat rendah iaitu RM10 untuk 1gram pertama dan RM2 untuk setiap gram berikutnya.

Untuk gunakan perkhidmatan ini, anda perlu ada sekurang-kurangnya 2 gram dalam akaun GAP.

Semoga bermanfaat.

11 thoughts on “Jual Beli Emas Pelaburan Patuh Syariah”

Leave a Comment

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold

This will close in 25 seconds