Harga Pakej Umrah dan Ziarah Hanya 10 Dinar

Posted on by 2 comments

Anda tercari-cari pakej Umrah dan Ziarah untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini? Alhamdulillah… pada masa kini terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk sepanjang tahun.

Namun apa yang membezakan antara satu-satu syarikat ialah harga pakej umrah, tempat hotel penginapan samada jauh atau berhampiran dengan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah. Bilik hotel samada berempat, bertiga atau berdua yang mana lebih ramai yang duduk sebilik sudah pasti pakej umrah dan ziarah itu lebih murah. Manakala bilik hotel berdua adalah yang termahal berbanding bilik-bilik hotel yang lain.

Masa ibadah umrah juga merupakan faktor utama harga sesuatu pakej umrah yang ditawarkan itu mahal atau murah. Jika anda ingin menunaikan ibadah umrah pada masa diluar bulan Ramadhan, maka harga pakej umrah yang ditawarkan adalah sekitar RM5,000 hingga RM7,000 mengikut jenis bilik berempat, bertiga atau berdua. Sebagai contoh saya ambil dari laman web syarikat DinarHolidays.com untuk harga pakej umrah.

Perbandingan harga pakej umrah

Dengan melihat contoh di atas, untuk pakej umrah bilik berdua dan ibadah umrah bermula awal bulan Ramadhan, pakej umrah dan ziarah meningkat hingga sekitar RM9,000.00!

Olej itu, saya dan isteri dah membuat perbandingan harga pakej umrah dan ziarah untuk mengerjakan ibadah umrah pada akhir Syaaban dan awal Ramadhan… kami dapati bahawa untuk bilik berdua, harga pakej umrah yang terbaik ditawarkan oleh Syarikat Safari Haramain yang beralamat di Taman Permatang Indah, Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Nak tahu rahsianya? Rahsianya ialah pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan adalah tetap pada nilai 10 Dinar LBMA Public Gold sahaja!

Umrah 10 Dinar Public Gold - Safari Haramain. Anda boleh buat tempahan tunaikan umrah sepanjang tahun.

Umrah 10 Dinar Public Gold – Safari Haramain. Anda boleh buat tempahan tunaikan umrah sepanjang tahun.

Masya Allah.. 10 dinar sahaja seorang… jadi kami berdua pun tak buang masa dan membeli 10 dinar emas pada bulan Februari 2016 untuk pergi penghujung Syaaban dan Awal Ramadhan yang pada ketika itu berharga sekitar RM7,210.00 sahaja untuk seorang. Jadi untuk dua orang adalah sebanayak RM7,210.00 x 2 = RM14,420 sahaja! Ya Allah! Kami amat bersyukur kepada-Mu kerana menunjukkan kami jalan yang mudah dan murah untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini… rindunya kami untuk ke sana… Labbaikallahumma labbaik…

Untuk pengetahuan anda, 10 Dinar LBMA (London Bullion Market Association) ialah satu-satunya dinar emas yang tidak dikenakan GST di Malaysia. Emas 10 Dinar LBMA ialah emas berketulenan 999.9 atau 24K dengan berat emas sebanyak 42.5g. Bagaimana nak mendapatkan miliki 10 Dinar LBMA pada harga yang murah? Anda boleh membuka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di sini. Ikuti dengan Langkah #1 di laman tersebut.

Insya Allah, pakej umrah 10 dinar ini akan diteruskan sepanjang tahun dan pembayaran 10 dinar perlu dilakukan selewat-lewatnya tiga (3) bulan dari tarikh penerbangan. Anda boleh mula membeli secara terus sebanyak 42.5g sekaligus atau membuat ansuran mengikut kadar gandaan serendah 1 Dinar. Sebagai contoh pada bulan ini anda beli sebanyak 1 Dinar dengan harga 1 gram emas GAP ditetapkan pada RM172/gram yang bersamaan dengan RM731 untuk satu dinar.

Harga emas GAP terendah bulan Mei 2016

Harga emas GAP terendah bulan Mei 2016

Sila lihat jadual harga emas di www.publicgold.com.my atau jika server Public Gold perlahan disebabkan terlalu ramai yang layari laman tersebut, anda boleh dapat dengan lebih cepat di Harga Emas Semasa. Jika anda kira harga 10 Dinar pada hari ini dan mungkin esok hanyalah sebanyak RM7,310.00 sahaja. Anda dan pasangan anda boleh pasang niat untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini waktu cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang anda dan pasangan anda hajati.

(Psstt.. nak beritahu kepada anda bahawa dah hampir sebulan harga emas mencecah lebih RM175/gram! Ni yang terendah dan saya fikir jangan tunggu lama-lama…)

Anda jangan bimbang… harga pakej umrah termasuk set kelengkapan kain ihram, beg sandang, beg kecil (hand carry), beg kasut, buku panduan umrah, visa umrah, tiket penerbangan pergi balik dari KLIA ke Jeddah, penginapan, makan dan minum di Hotel Alrawasi Safeer (50m dari Masjid AN-Nabawi) dan Hotel Saif AL-Yamani Palace (350m dari Masjidil Haram). Saya dan isteriĀ  akan berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah ikut program 10 dinar syarikat Safari Haramain ini pada 31 Mei 2016 dan akan balik ke Malaysia pada 13 Jun 2016 (pakej umrah awal Ramadhan 14 hari 12 malam dengan bilik berdua). Pada 1 Mei 2016 lepas kami dah menghadiri Kursus Perdana Umrah Public Gold di Surau An-Nur, Permatang Tepi Bendang, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Jadual Kursus Perdana Umrah Public Gold Safari Haramain

Jadual Kursus Perdana Umrah Public Gold Safari Haramain

Ada tiga ustaz terlatih yang telah berkhidmat sebagai Mutawwif selama 8 tahun iaitu Ustaz Hj Mohd Khalid bin Hj Jaafar, Ustaz Abdul Jalil bin Zainol dan Ustaz Nasser bin Osman. Mereka bertiga bergerak bersama-sama menganjurkan Kursus Umrah Perdana Public Gold – Safari Haramain di Pulau Pinang (utara), Perak (tengah), Kelantan (timur) dan Selangor (tengah).

Kursus Umrah 10 Dinar Public Gold Safari Haramain

Kursus Umrah 10 Dinar Public Gold Safari Haramain

Untuk kumpulan di Utara, bas percuma disediakan dari Pulau Pinang ke KLIA. Sekiranya anda dan pasangan anda berminat untuk turut serta pada trip yang berikutnya, sila buat pembelian sebanyak 42.5g emas di akaun GAP untuk cukupkan 10 dinar di sini. Akaun emas GAP ialah akaun simpanan emas fizikal percuma seumur hidup. Hanya tinggalkan baki 1g emas untuk kekalkannya aktif seumur hidup.

Semoga Allah Taala kurniakan kepada kami dan kepada anda semua pahala Umrah yang Mabrur.. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Sharing is caring:

2 comments on “Harga Pakej Umrah dan Ziarah Hanya 10 Dinar

  1. Assalam tuan,
    maaf nak tanya sikit.
    Adakah jual beli emas menggunakan GAP ini dibenarkan dalam Islam?
    Sbb apa yg saya faham, jual beli emas mesti hand by hand. Tak boleh atas kertas.

    Saya mmg berminat nak beli public gold. Tapi sistem GAP ni, saya was-was.
    Bila jadi dealer, saya bimbang akan jadi syubhah.

    • Wksalam tuan Nishak,

      Majlis Fatwa Kebangsaan 2011 telah keluarkan fatwa bahawa qabadh hukmi (constructive possesion) tak lebih 3 hari untuk pembelian emas secara online. Tuan boleh dapat pengesahan dari Public Gold (qabadh hukmi) emas yang tuan beli adalah kepunyaan tuan setelah bayaran dibuat dalam masa tak lebih 3 hari. Tuan boleh login dan download statement. Tuan boleh ambil emas bila stok emas sampai di cawangan Public Gold berdekatan.

      Tuan boleh rujuk di http://www.pelaburanemas.org/melabur-emas-untuk-jana-keuntungan/. Sila download Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan.

      Tuan boleh rujuk juga syarahan hukum pelaburan emas oleh Ustaz Nazri Chik memgenai qabadh hukmi di Youtube. Saya ada letak video syarahan beliau yang merangkumi teknik manipulasi Ar-Rahnu di http://www.pelaburanemas.org/pelaburan-emas-ar-rahnu/.

      Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian