Dealer

Posted on by

[ultimatemember form_id=1523]

Selamat Datang Kepada Dealer Public Gold.

Tahniah dan syabas atas iltizam anda untuk menyertai keluarga Dealer PG di bawah mentorship saya dan upline kita seperti Mentor Encik Zulkifli Shafie dan Mentor En. Syukor Hashim.

Sebagaimana yang anda ketahui, Alhamdulillah saya telah berjaya mengembangkan empayar bisnes PG saya secara online dan sangat kurang secara offline.

Jika anda mempunyai kelebihan mempromosi bisnes PG secara offline.. teruskan perjuangan anda.

Di sini, anda akan belajar bagaimana untuk mengembangkan bisnes Public Gold anda secara online. Sila ikuti langkah demi langkah untuk anda berjaya macam saya.

Langkah 1

Kemaskini maklumat anda dalam Business Center dan dapatkan Referral Link khas anda untuk pendaftaran pelanggan baharu dan anda sebagai Introducer secara AUTOMATIK. Link khas tersebut berada dalam akaun PG anda. Sila Login dengan menggunakan kod PG dan Password anda di sini.

Selepas Login, anda perlu update bank akaun dan nama waris yang terdapat di bawah sekali. Perlu upload gambar muka depan akaun bank dan juga dokumen kad pengenalan.

Jika menggunakan bookless bank account, sila dapatkan salinan akaun bank di kaunter bank.

Selepas itu, klik Business Center seperti di paparan:

Selepas itu, anda akan dapat lihat paparan di bawah:-

Link khas tersebut terletak pada bahagian bawah nama anda. Anda boleh copy link khas tersebut. Contoh link tersebut adalah seperti berikut:-

https://publicgold.com.my/index.php/component/custregistration/?introducer=PG047646

Anda juga boleh terus copy link di atas dan menggantikan kod PG di belakang sekali dengan kod PG anda.

https://publicgold.com.my/index.php/component/custregistration/?introducer=PGxxxxxxxxxx

Sila cuba dahulu paste di browser baharu dan pastikan nama anda dipaparkan setelah anda klik pada Check Introducer

Selesai Langkah 1 – Kemaskini data peribadi dan Referral Link

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian