Cukai GST Emas

Nak tahu pasal cukai GST emas? Ada satu Warta Kerajaan Persekutuan tentang Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 atau dipanggil Goods and Services (Exempt Supply) 2014 telah disiarkan pada 13 Oktober 2014 oleh Jabatan Peguam Negara yang boleh didapati di www.treasury.gov.my.

Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST

Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST. (Sumber: www.treasury.gov.my)

Alhamdulillah, setelah dibaca, sebenarnya anda tak perlu risau sangat tentang cukai GST. Kebanyakan jenis emas pelaburan adalah DIKECUALIKAN cukai GST. Jenis emas, perak dan platinum yang dikecualikan cukai adalah seperti berikut:-

  1. dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
  2. mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
  3. memilik ciri-ciri pelaburan

Untuk syiling emas (gold coin), syiling tersebut mestilah telah diperakukan sah oleh negara asal masing-masing dan berketulenan sekurang-kurangnya 99.5%. Nama-nama gold coin yang dikecualikan cukai GST ialah:-

(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;

Dan akhirnya cukai GST emas yang dikecualikan juga terpakai kepada mana-mana emas, perak dan platinum yang mempunyai ciri-ciri pelaburan jika ia telah ditapis oleh:-
(i) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Bullion Market Association dalam hal emas atau perak; atau
(ii) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Platinum and Palladium Market
dalam hal platinum.

Ini bermakna, jenis-jenis emas pelaburan selain daripada yang disenaraikan di atas adalah TIDAK DIKECUALIKAN daripada cukai GST termasuklah jongkong emas 99.9 (24K) yang tidak mendapat perakuan sah daripada negara pengeluar, syiling Dinar Emas 916 (22K), Dinar Kelantan 917, Dinar Emas Mekah Sri Ayu 917 dan lain-lain dinar yang berketulenan kurang daripada 99.5% adalah dikenakan cukai!

Oleh itu, kepada pelabur-pelabur emas Public Gold yang mempunyai Dinar Emas 91.6 (22K) boleh menukarkan simpanan dinar emas 22K masing-masing kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) yang telah disahkan oleh London Bullion Market Association (LBMA) mulai 22 Disember 2014 sehinggalah sebelum 1 April 2015 dengan hanya menambah RM60 untuk setiap Gold Wafer Dinar 99.9 Public Gold. Manakala pelabur-pelabur emas yang ada menyimpan dinar emas 91.6 (22K) berjenama selain Public Gold seperti Dinar Kelantan 917 dan Dinar Emas Mekah 917 Sri Ayu juga boleh menukarkan dinar-dinar tersebut kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA dengan hanya menambah RM100 setiap dinar sebelum 1 April 2015 (seperti di gambar bawah).

Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Dinar Emas 24K LBMA Public Gold

Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Gold Wafer Dinar Emas 24K LBMA Public Gold

Jika anda ingin membuat penukaran, sila daftar di www.publicgold.com.my secara percuma dahulu. Kemudian anda akan diberikan Nama Pengguna dan Kata Laluan khas untuk anda menghubungi Public Gold secara emel. Anda boleh menghubungi cawangan Public Gold yang terdekat untuk memulakan proses penukaran dinar emas 916 atau dinar emas 917 kepada Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA seperti di posting saya – Simpanan Emas LBMA Tidak Dikenakan GST Tax. Anda tak perlu risau kerana Gold Wafer Dinar Emas 99.9 LBMA Public Gold diterima untuk pajakan Ar-Rahnu di Pejabat POS tanpa perlu mengoyakkan seal.

Bila meneliti laman web pelaburan emas GSR (Golden Star Resources), pihak terbabit menyatakan gold bar dan gold coin 99.9 (24K) adalah daripada Guyana/Ghana? Manakala emas gold bar dan gold coin GCP (GoldenCrest Pavilion) tidak dinyatakan emas-emas tersebut dikeluarkan daripada negara mana. Jika saya silap mohon “Hubungi Saya” atau menghantar komen dengan menggunakan borang komen di bawah agar saya boleh membetulkan maklumat ini. Sila berkongsi info sekiranya anda ada kaedah penukaran emas-emas yang akan dikenakan cukai GST daripada syarikat-syarikat lain.

Jika anda masih baru nak mula melabur emas, sila klik di sini untuk dapatkan bimbingan secara terus daripada orang yang dah berjaya.

Semoga Allah Taala memudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat. Amin…

Sharing is caring:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian