Category Archives: Sedekah dan Zakat

Kira Zakat Emas Simpanan

Anda nak kira zakat emas simpanan anda? Jika anda membuat pelaburan emas dan menyimpan sebanyak 85 gram atau lebih emas dalam bentuk goldbar atau dinar dan tetap dalam simpanan dalam tempoh satu tahun (12 bulan berturut-turut), maka diwajibkan atas anda untuk membayar zakat emas.

Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam (S.A.W) yang bermaksud :

Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya. (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu nilai minima simpanan berat emas 85 gram itu dipanggil nilai uruf. Nilai uruf untuk zakat simpanan jongkong emas / goldbar / dinar ialah 85 gram. Manakala nilai uruf bagi emas perhiasan tidak sama mengikut negeri yang anda diami.

Manakala hadith di atas merujuk kepada tahun Hijriah yang mengandungi kurang sepuluh atau sebelas hari daripada bilangan 365 hari dalam tahun Masihi. Oleh itu, jika anda pilih untuk bayar zakat emas ikut tahun Masihi, kadar zakat yang dikenakan bersamaan dengan 2.58% dan bukan hanya 2.5%.

Alhamdulillah dan syabas diucapkan kerana anda menegakkan Rukun Islam yang ke-5 iaitu Mengeluarkan Zakat. Pada hari ini, sangat mudah untuk anda mengira sendiri kadar zakat emas yang anda perlu keluarkan dan membuat pembayaran kepada Amil-Amil Bertauliah secara bersemuka atau terus melalui atas talian ke Pusat-pusat Pungutan Zakat di seluruh negara.

Kira zakat emas anda semudah 1-2-3! Sila ikuti langkah berikut:-
Langkah #1:

Sila layari untuk kira zakat emas simpanan di https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-emas

Langkah #2:

Sila isi jumlah gram emas simpanan dan emas perhiasan yang anda ada secara sekaligus pun boleh…

Kira zakat emas simpanan dan perhiasan anda

Di laman web zakat2u.com.my di atas, anda boleh pilih Tahun Haul 2016 atau tahun-tahun sebelumnya sekiranya anda terlupa untuk mengeluarkan zakat emas sebelum ini.  Harga emas segram telah ditetapkan pada kadar RM145.12 pada 2016 dan akan berubah mengikut Tahun Haul. Sila isi jumlah berat emas dalam gram di ruangan Berat (gram). Kemudian sila pilih Jenis samada Pakai atau Simpan.

Nilai Uruf untuk emas perhiasan ialah 150 gram dan emas simpanan ialah 85 gram.  Jumlah Keseluruhan. Contoh pengiraan zakat emas di atas, sebanyak 1,000 gram berat emas simpanan telah dimasukkan manakala tiada berat emas perhiasan dimasukkan. Secara automatik, kiraan nilai jumlah zakat emas dalam Ringgit Malaysia (RM) yang perlu dikeluarkan untuk setahun dan sebulan dinyatakan.

Langkah #3:

Buatlah bayaran dengan klik butang ‘Bayar’ dan anda boleh pilih untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut Jumlah Zakat Setahun atau Jumlah Zakat Sebulan yang dinyatakan.

Pilihan bayaran zakat emas

Bila anda klik ‘Bayar’, paparan niat membayar zakat seperti berikut akan dipaparkan…

Niat bayar zakat emas

Berniatlah “Inilah wang RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya kerana Allah Taala.”

Klik dipetak ‘Saya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.’ Seterusnya klik FPX jika anda memilih untuk bayar secara tunai melalui kaunter bayaran zakat di bank pilihan anda seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Affin Bank dan lain-lain. Atau klik butang ‘Kad Kredit/Debit jika anda mempunyai kad kredit Visa atau Mastercard Islamik.

Pilihan bank bayar zakat emas

Kad kredit Islamik bayar zakat emas

Semoga Allah mudahkan urusan  pembayaran zakat emas anda dan menerimanya sebagai salah satu amal soleh yang diterima-Nya. Amin.

Sila layari Pelaburanemas.org untuk tips mudah pelaburan emas.

Sharing is caring:

Wahai Pelabur Emas! Marilah Kita Bersedekah

Ke hadapan para pelabur emas di Malaysia sekelian. Assalamualaikum warahmatullah dan salam hormat.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-1Saya menulis di sini untuk menyeru diri saya dan para pelabur emas sekelian agar marilah kita sama-sama membantu saudara-saudara kita di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang yang telah mengalami banjir yang amat dahsyat sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Sejak banjir besar 1971, banjir yang melanda pada tahun 2014 ini menunjukkan tahap kerosakan yang paling teruk dengan banyak jalan-jalan utama ditutup dan tidak dapat dilalui malah oleh kenderaan berat sekalipun!

Terdapat juga jalanraya utama yang runtuh dan pecah serta mengakibatkan beberapa kawasan dan kampung terputus hubungan selama beberapa hari! Ya Allah!.. Sungguh besar ujian-Mu pada mereka. Semoga Engkau memberi kesabaran dan ketabahan hati dalam menempuh ujian-Mu ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-2 sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-4 Oleh yang demikian, di sini saya sekali lagi ingin menyeru semua pelabur emas di seluruh Malaysia agar mulakan untuk menghulur bantuan dalam bentuk kewangan bagi membantu meringankan beban saudara-saudara kita yang amat memerlukan. Jangan lupa bahawa dalam setiap harta yang kita simpan dalam bentuk apa sekalipun seperti emas, perak dan wang simpanan, terdapat hak orang lain di dalamnya dan kita mesti menunaikan hak mereka dengan ibadat sedekah dan zakat. Jika kita tidak ambil peduli untuk mengeluarkan sebahagian daripada apa yang kita simpan itu dalam bentuk emas, perak dan wang simpanan untuk disedekahkan dan dikeluarkan zakat, maka ditakuti segala usaha kita tidak mendapat keberkatan malah mendapat azab sengsara pula.. Nauzubillahi min zaalik.

Marilah kita renung Firman Allah Taala di dalam Surah At-Taubah ayat 34 hingga 35:

At-Taubah ayat 34 mengenai zakat emas dan perak.

At-Taubah ayat 35 mengenai zakat emas dan perak.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa maklumat akaun bank Muslim Care yang terdapat di Malaysia agar mereka dapat menyediakan barang-barang keperluan dengan sedekah dan derma yang kita berikan.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-3 Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

Maybank Account:
564490413882 Muslim Care Malaysia

RHB Account:
26-2120-0000-4747 Muslim Care

Bank Muamalat Account:
14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank Islam:
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia

ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertubuhan-pertubuhan, NGO-NGO dan parti-parti politik serta lokasi-lokasi pengumpulan barang-barang keperluan sebelum mereka menghantar dengan kontena ke sana.

Jika anda tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama sukarelawan-sukarelawan, maka anda juga boleh terus menggunakan kemudahan bersedekah secara online sahaja seperti yang tertera di dalam pautan di http://www.muslimcare.org.my/derma/.

Muslim Care - Bantuan Mangsa Banjir

Muslim Care – Bantuan Mangsa Banjir

Semoga Allah Taala mengampunkan dosa dan kesalahan kita semua melalui musibah banjir ini dan memberkati para pelabur emas yang memberi bantuan dan sokongan samada dalam bentuk tenaga, barangan keperluan dan sedekah secara tunai kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan jika anda ingin menderma ke Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Ummul Qura (P), 08500 Kota Kuala Muda, Kedah, anda boleh menyumbangkannya melalui akaun Bank Islam dengan nombor akaun 02020010021119 atau Bank Muamalat A/C: 02020000079717.

Semoga Allah Taala terima sedekah dan derma anda sekalian.

Pengasas
PelaburanEmas.org
6 Rabiul Awwal 1436

Sharing is caring:
PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian