Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya

Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.

Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.

Skim pelaburan bertopeng emas

Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas

Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.

Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap bulan atau setiap tahun tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.

Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan. Ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan sedang dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia.

Ada satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang berkembang di Malaysia ialah pelaburan secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan plus500 dan apabila kita selidik, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.

Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.

Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…

JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!

Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.

Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…

Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan. Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.

Sebenarnya, ada banyak lagi… Jika anda masih baru nak belajar tentang cara pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas!

Sharing is caring:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian