3 Cara Asas Pelaburan Emas Jana Keuntungan

Bagaimana cara pelaburan emas jana keuntungan? Caranya amat mudah dan pada hari ini terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas.

Sebelum Mulakan Pelaburan Emas

Sebelum ini saya telah bincangkan tips pelaburan emas yang digunakan dalam sistem perbankan dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Lesen pelaburan emas hanya dikeluarkan oleh BNM kepada bank-bank berlesen dan syarikat jual beli emas pelaburan tertentu sahaja serta TIDAK kepada sebarangan syarikat atau orang perseorangan di Malaysia walaupun pada namanya ada ejaan EMAS.

Anda dinasihatkan agar merujuk laman web Bank Negara Malaysia dahulu untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di Bank Negara Malaysia. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:

Bank Negara Malaysia Consumer Alert Page Screenshot

Pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa mengemaskini senarai nama syarikat atau laman web yang menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan pelaburan emas yang tidak sah.

Semakan juga perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Nak tahu tips elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas? Layari Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya.

Okay.. mari kita teruskan..

Pastikan Jenis Dan Cara Yang Betul Untuk Melabur

Pelaburan emas yang dimaksudkan ialah saat anda memiliki emas pelaburan seperti Emas 24K atau berketulenan 995 (99.5%) dan 999 (99.9%). Ataupun, saat anda memilik Dinar Emas 24K LBMA (London Bullion Merchant Association) yang tidak dikenakan cukai GST atau SST. Jika anda tersalah pilih, anda terpaksa tanggung kerugian besar kerana ada cukai yang perlu dibayar.

Tambahan lagi, terdapat segelintir pelabur emas yang mengambil kesempatan ke atas sistem Ar-Rahnu. Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini BUKANLAH memberi penerangan tentang teknik manipulasi pajak Ar-Rahnu yang mana teknik pajak Ar-Rahnu iaitu beli-pajak-beli-pajak adalah satu teknik yang akan membebankan pelabur emas dengan hutang! Jika anda ingin mengetahui tentang Ar-Rahnu, sila ke Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.

Oleh itu, saya ingin berkongsi tips pelaburan emas di sini…

Jika anda membaca tips saya sebelum ini, kebanyakan kenyataan saya tidak cenderung untuk anda mulakan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, UOB, Ambank dan lain-lain atas sebab-sebab birokrasi, logistik dan kemudahan simpanan dan pengeluaran emas fizikal. Malah, saya juga tidak berapa cenderung kepada pelaburan emas di bank-bank samada di Ar-Rajhi atau KFH walaupun transaksi emas mereka patuh syariah dan halal. Mengapa? Anda boleh baca Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.

Istilah ‘pelaburan emas’ yang saya gunakan di sini ialah beli emas di kedai emas pada harga rendah dan simpan sehingga satu waktu harga emas naik melebihi 15% dan jual semula simpanan emas anda di kedai emas itu semula. Mudahkan?

Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
img-3
Harga spot emas selama 10 tahun. Terdapat turun naik harga emas yang boleh pelabur emas mengaut keuntungan (beli di garisan biru, jual di garisan hijau) tanpa mengira gram emas di tangan. (Sumber: Goldprice.org)

Persoalan pertama ialah bagaimana nak tahu bila harga emas turun dan bila harga emas naik? Anda perlu ada strategi pelaburan emas yang boleh anda pelajari daripada orang yang benar-benar telah mengaut keuntungan dalam pelaburan emas.

Strategi pelaburan emas
Strategi pelaburan emas

Persoalan kedua pula ialah nak beli emas jenis apa? Emas jongkong (goldbar) atau emas syiling (dinar) atau emas hiasan?

Anda tak perlu bimbang kerana jawapannya saya ada sediakan di Tips Pelaburan Emas.

Jadi persoalan yang ketiga sekarang ialah nak jual dan beli emas pelaburan di kedai emas yang mana? Poh Kong? Habib Jewels? Kedai Emas Wah Chan? Kedai Emas Sri Harmoni? Kedai Emas Sayang? Kedai Emas …. bla bla bla.. sabar… sabar…

Kedai emas yang saya maksudkan ialah kedai emas yang beroperasi secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kedai emas online yang sentiasa kemaskini harga emas semasa setiap 20 minit berdasarkan turun naik harga emas dunia.

Kedai emas online yang ada memaparkan harga emas secara ‘LIVE’ di web yang boleh diakses di smartfon (samada Android / iPhone).

Anda boleh juga memasang aplikasi harga emas seperti Kitco untuk mendapat notifikasi bila harga emas turun supaya anda boleh ‘lock’ harga dan beli emas serta hantar notifikasi kepada anda bila harga emas naik supaya anda boleh ‘lock’ harga dan jual emas semula. Dan yang paling penting sekali urusniaga emas tidak dikenakan cukai.

Kedai emas ini juga menyediakan kemudahan kepada anda untuk menyimpan emas fizikal (BUKAN emas maya) secara percuma tanpa upah! Anda boleh keluarkan kesemua emas yang anda simpan pada bila-bila masa.

Saya dah meneliti dan mengkaji selama berminggu-minggu… Alhamdulillah… saya dah jumpa kedai emas yang memenuhi syarat seperti yang saya nyatakan di atas tadi.

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site
Aplikasi akaun simpanan emas pelaburan 24K Gold Accumulation Program (GAP) yang paling popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Anda jangan bimbang bila nak jual balik emas di kedai emas. Saya dapati kedai emas ini yang paling tak cerewet… boleh terima apa sahaja jenama dan jenis emas samada emas goldbar, dinar, emas perhiasan.

Di sini saya ingin kongsikan tips pelaburan emas sekiranya anda sebagai Pelabur Emas (Gold Investor) berminat mengaut keuntungan dalam bentuk Ringgit Malaysia dan BUKAN BERAT gram emas.

Jika anda ada bajet sekitar RM19,000… beli goldbar dengan berat minima 100g dan ke atas sebab kadar spread yang rendah (6-7% sahaja). Jika kenaikan harga melebihi 15%, maka anda boleh jual dengan harga RM21,520 dan mendapat untung melebihi RM1,520.

Kemudian anda beli lagi emas dengan modal RM19,000 tadi tanpa mengira berat emas yang anda dapat. Ulangi penjualan semula emas setelah harga emas naik melebihi 15% daripada harga beli.

Itu sahaja yang anda perlu tahu sebagai pelabur emas yang ingin menambah duit Ringgit dalam akaun.

PERHATIAN PENTING: Tiada TEKNIK AJAIB gandakan sekeping emas jadi dua keping ATAU beli sekilo emas dan dapat income setiap minggu atau setiap bulan tanpa apa-apa usaha.

Untuk pengetahuan anda, kaedah beli emas harga rendah dan jual harga tinggi (buy low sell high) merupakan hanya salah satu cara umum menjana keuntungan daripada pelaburan emas.

Kaedah ini merupakan kaedah Keuntungan Jangka Panjang sebab harga emas mungkin hanya akan naik melebihi 15% dalam tempoh lebih empat bulan (2 atau 3 kali setahun) bergantung kepada situasi ekonomi dan politik negara dan global.

Anda boleh dapatkan cara mudah, murah dan patuh syariah untuk Jual Beli Emas Pelaburan patuh syariah di Malaysia.

Tetapi jika anda rasa rugi jual emas sebab berat yang anda dapat berkurangan, maka anda bukan tergolong sebagai pelabur emas. Anda sebenarnya tergolong sebagai Penyimpan Emas (Gold Saver).

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas, anda boleh hubungi saya di SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN sebab anda perlu tahu cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas pelaburan.

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan goldbar dengan harga yang lebih mahal.

Disebabkan tiada cukai GST mulai 1 Jun 2018 lalu (tiada SST juga mulai 1 September 2018), terdapat pilihan tambahan emas pelaburan 999.9 jenis bercorak cantik (minting) yang boleh anda dapatkan dengan harga yang lebih rendah.

Sila dapatkan tips mudah pelaburan emas dengan mengisi alamat emel anda di 5 Tips Pelaburan Emas.

Sekian dan terima kasih.

100 thoughts on “3 Cara Asas Pelaburan Emas Jana Keuntungan”

  1. salam tuan
    saya berminat untuk melabur emas
    perancangan saya adalah 1g/bulan
    pada pendapat tuan, mana yang lebih baik? Maybank? PG?
    terima kasih

    Reply
      • Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya – keliru..ini penulisan Tuan di atas…
        __________________
        Zul says:
        27/02/2020 at 11:56 pm
        Salam..syarikat public gold sdn bhd..tiada dalam senarai bank negara…adakah selamat untuk melabur..

        Reply
        • Terima kasih Izz atas komen tuan. Yang dimaksudkan tiada dalam senarai SSM dan bukan dalam senarai BNM.

          Semakan juga perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

          Reply
    • Saya melabur dlm emas dlm maybank.
      1st time kena beli 2 gram. Kena buat jugak kat bank. Lepas tu, dua bagi kita buku gold savings account.

      N then kita boleh login masuk maybank2u kita, tengok bawah tab “wealth” kita nmpk la kira ada 2 gram.

      Lepas tuu, Bila2 kita nak kita beli je emas. Minimum 1 gram. Ikut market rate. Boleh beli online jerr…
      Kalau harga market rm150, maybank jual kat kita rm156.
      Kita beli dan biar. Esok harga naik, kita jual. Kalau harga market rm190, kita jual pd harga 185.
      So mcm tu la.

      I start dulu dlm 6 tahun lepas. Bila ada duit beli. Takde, buat de jelah… Skrg dah ada 80 gram…
      Target kalo boleh, beli lagi 120 gram dalam masa 19 tahun… So ada genap 200.

      Emas ni kalo kita main long term, mmg kita untung. Lagipun beli kat maybank tu selama, pasal lagi 100 tahun pun, aku rasa maybank ada lagi kat Malaysia ni.

      Anyway, good luck to u

      Reply
  2. Assalamualaikum tuan. Dimaklumkan pihak TEKUN telah bekerjasama dgn PG. adakah gold bar dll sama harga yg dijual di TEKUN dengan laman web PG? Cuma mahukan kepastiaan harga tersebut.

    Reply
    • Wa’alaikumussalam en. Luqman. Kerjasama ArRahnu TEKUN adalah seperti kerjasama ArRahnu POS Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah sedikit tinggi berbanding Public Gold untuk dapat keuntungan jualan emas PG.

      Reply
  3. Bmna dpt keuntungan 15% ketika harga emas naik sdgkan terdpt susut nilai sekiranya nak jual balik. Ruj cth pengiraan emas Rm19k yg diberikan d atas

    Reply
    • Susutnilai emas pelaburan sekitar 6-7% bergantung kepada berat emas (100g ke atas). Oleh itu, apabila harga emas naik 15%, keuntungan sekitar 8-9%.

      Reply
    • Transaksi emas ni ada 2. Harga beli dgn harga jual.

      Pembeli kita. Penjual tuu maybank.

      Esok kita nak jual, kira jadi Penjual. Maybank jadi pembeli.

      Mcm hari ni,
      harga jual rm246.82
      Harga beli rm237.52

      So kita nak beli. Kita jadi pembeli. Maybank jadi Penjual. Kita beli 1 gram harga rm246.82.

      Then biar situ. Esok harga turun, kita biar. Kita tetap ada 1 gram. Kita tunggu harga naik, dan maybank tetapkan harga beli lebih 15%,iaitu rm283.84.
      Masa tu kita jual, dapat la untung 15%.

      Ini waiting game.

      Reply

Leave a Comment

Promosi menabung emas Akaun GAP Public Gold

This will close in 25 seconds