Banding Harga Emas Dengan Susutnilainya Sekali

Sebelum anda melabur emas, sila buat perbandingan harga emas dengan susutnilainya sekali. Apakah susutnilai? Susutnilai harga emas dikira dalam peratus (%) yang merujuk kepada perbezaan nilai jualan emas dengan nilai belian emas semasa.  

Susutnilai atau Spread (%) = [(Harga Jualan – Harga Belian)/ Harga Jualan] X 100 

Emas perhiasan tidak sesuai dijadikan untuk pelaburan emas kerana nilai spread yang terlalu tinggi.

Emas perhiasan tidak sesuai dijadikan untuk pelaburan emas kerana nilai spread yang terlalu tinggi.

Jika anda membuat pelaburan emas, anda perlu tahu bahawa semakin rendah susutnilai sesuatu emas, maka, semakin banyak keuntungan yang anda dapat! Dan sebaliknya, semakin tinggi susutnilai emas yang anda beli, maka semakin sedikit keuntungannya.

Oleh itu, terdapat perbezaan spread antara jenis-jenis emas dan jenama emas yang terdapat di pasaran. Pakar-pakar pelaburan emas menasihatkan untuk TIDAK melabur emas jika nilai spread melebihi 10%!

Di sini saya sertakan beberapa contoh harga emas serta susutnilai atau spread mengikut jenis emas:

  • Jongkong Emas / Gold Bar 999.9 sekitar 5-10%
  • Dinar Emas 916 sekitar 5-8%
  • Emas perhiasan sekitar 25-35%

Sekarang dah jelas pada anda bahawa emas perhiasan TIDAK SESUAI untuk tujuan pelaburan emas. Yang sesuai hanyalah jenis jongkong emas dan dinar emas atau gold bullion coin.

Tetapi jika anda sudah memiliki emas perhiasan lama dan rosak, anda boleh menjualnya pada harga tinggi! Kalau nak jual emas perhiasan lama atau gelang emas yang dah patah atau rosak, saya nasihatkan jangan jual di kedai emas kerana susutnilainya terlalu besar. Kebiasaannya sekitar 25-35% malah ada kedai emas yang membeli dengan susutnilai sehingga 40%!

Barang kemas yang paling rendah susutnilai di Malaysia dan Singapura ialah barang kemas jenis Public Gold. Susutnilai atau nilai spread hanyalah 15% berbanding jenama yang lain. (Sila ke Public Gold > Public Jewellery)

Jika anda mengetahui kedai emas yang menjual barang kemas dengan susutnilai lebih rendah, sila kongsikanlah di sini.

Sekarang, hanya tinggal jongkong emas dan dinar emas sahaja yang menjadi pilihan pelabur-pelabur emas disebabkan susutnilai masing-masing yang kurang daripada 10%. Namun, persoalannya jongkong emas dan dinar emas yang manakah yang menawarkan susutnilai paling kompetitif, boleh dibeli dan dijual dengan mudah serta halal lagi sah di sisi undang-undang?

Anda tak perlu risau sebab saya dah berminggu-minggu buat perbandingan di antara pelbagai jenis produk pelaburan emas di Malaysia samada bank-bank seperti pelaburan emas Maybank, Public Bank, Kuwait Finance, Al-Rajhi, CIMB dan juga syarikat-syarikat seperti Sri Ayu, GCP, GSR dan Dinar Kelantan. (Sila teruskan baca posting saya mengenai perbandingan pelaburan emas…)

Di Malaysia terdapat dua jenis pelaburan emas… yang Islamic atau halal dan yang conventional atau haram.

Dan setakat ini, pelaburan emas yang halal di bank ialah Kuwait Finance House (KFH) dan Bank Al-Rajhi yang disahkan patuh syariah namun anda terikat dengan pelbagai syarat seperti emas yang anda beli tidak boleh dibuka seal dan susutnilai akan jatuh sehingga 25% jika seal rosak! Aduhai…

Terpulang kepada anda jika mahu melabur di bank-bank tersebut. Namun, anda tak perlu susah-susah nak mulakan pelaburan emas dengan KFH atau Al-Rajhi sebab saya dapati Public Gold menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah, cepat, boleh lock harga beli dan jual, menjual dengan harga yang terendah di pasaran, kadar spread atau susutnilai yang terendah, stok emas yang sentiasa ada, cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan yang paling penting tidak cerewet.

Tambahan pula, jika anda nak jual emas, pihak Public Gold akan terima tanpa banyak cerita. Walaupun emas Public Gold yang kita beli dan simpan tu kemek atau calar, Public Gold tetap terima! Insya Allah saya yakin bahawa anda pasti akan berpuashati dengan kaedah pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Gold sebagaimana saya berpuashati dengan sebenar-benarnya.

Dalam blog ini juga saya ada menyediakan carta harga emas untuk rujukan anda. Jika anda ingin meninjau harga emas 1 gram di Malaysia sejak 5 tahun lalu hingga ke tempoh 24 jam, sila ke laman Harga Emas Semasa Public Gold.

Nasihat saya untuk anda yang nak memulakan pelaburan emas, jangan terlalu obses melihat carta harga emas sehingga tak boleh tidur malam pula… apa yang penting anda perlu faham jenis pelaburan emas yang betul dan halal serta nilai spread harga emas syarikat yang menawarkan pelaburan emas.

Di www.publicgold.com.my, terdapat pelbagai jenis emas yang boleh anda pilih dengan kemudahan aplikasi web dan Android untuk memudahkan anda mendapat harga emas semasa yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit.

Anda boleh membuat tempahan dan ‘lock’ harga secara online dan mendapatkan maklumat lebih lanjut setelah anda mendaftar. Pendaftaran adalah percuma tanpa perlu membeli apa-apa barang! Sila klik pada “Pendaftaran Percuma” untuk mengetahui bagaimana untuk mendaftar.

Sharing is caring:

6 comments on “Banding Harga Emas Dengan Susutnilainya Sekali

  1. assalam..

    saya berminat utk mulakan pelaburan emas..
    banyak yg saya survey dok promot Public Gold..
    Public Gold ni dipunyai oleh non Muslim.. tp dikatakan patuh syariah..
    saya tetap musykil dgn Public Gold ni, sebab:
    1. mereka dipunyai oleh nonMuslim, jd (perasaan saya) bila² masa aje mereka boleh manipulate sistem yg dah patuh syariah mereka, sebab mereka tak rasa dosa pahala..
    2. setahu saya mereka ada kilang mereka sendiri, saya jd ragu² seandainya mereka mencampurkan / meletak bahan asing dibahagian dalam goldbar yg mereka jual (sekadar keraguan, sebab kita pernah dengar adanya telur ayam palsu, beras palsu, dan mcm² lagi), jadi kecenderungan berurusan dengan penjual / pemilik emas Muslim adalah lebih dari yg nonMuslim, mohon komen..
    3. sistem beli online tak dpt emas ondaspot dah sama mcm beli ‘atas kertas’ (ustaz Azhar Idrus ckp) wujudnya shubhah..
    4. begitu juga sistem ‘lock’ (yg saudara ckp) wujudnya syubhah – rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=M8BqwrxpoqI

    jadi saya berasa KFH lebih selamat utk saya (org baru yg jahil) utk mulakan pelaburan emas pertama.. saya cuba utk utamakan yg patuh syariah dahulu supaya selamat, insyllh..
    mohon nasihat tuan..

    terima kasih..

    • Wa’alaikumussalam. Terima kasih tuan Nazri. Memang betul Public Gold diasaskan oleh non-Muslim. Pada masa ini Public Gold ada mewujudkan panel projek syariah Public Gold iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri dan Ustaz Mohd Zulkifli Shafie. Terpulang kepada tuan untuk yakin atau tidak. Jika ragu-ragu sudah semestinya tuan tinggalkan dan lebih selamat tuan beli emas KFH yang tuan yakini.

      Namun, ada terbaca dalam berita yang KFH plan nak tutup di Malaysia sebab mereka nak tumpu pada negara lain.

      http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/kfh-mahu-jual-operasinya-di-malaysia-1.89604

      Selamat melabur emas tuan Nazri.

  2. Thanks. Sangat bermanfaat. Moga terus berkongsi ye.

    • Sama-sama wawa. Insya Allah akan terus berkongsi info.

  3. Assalamualaikum..
    Sy nk tnya dkt mna sy nk jual brg kemas yg dh rosak ut mndpt hrga yg tinggi selain dari kedai emas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PelaburanEmas.org | Dasar Privasi | Penafian